Monday, October 1, 2012

KAJIAN TINDAKAN 2012

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana laporan kajian tindakan saya bertajuk "Meningkatkan Kemahiran Pelajar Tingkatan 5 Ibnu Sina Dalam Menjawab Soalan Beza Keupayaan (V) Antara Dua Logam Kimia Dengan Menggunakan  Kaedah 'TRAVoC' telah terpilih untuk dibentangkan ke peringkat daerah Kota Tinggi pada 8 September 2012 bertempat di Dewan SMK Adela. Kajian saya berjaya mendapat tempat johan kategori sekolah menengah dan seterusnya layak untuk dibentangkan di peringkat negeri Johor pada 13 Oktober 2012 ini. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan dapat dibentangkan pula ke peringkat kebangsaan.Insyallah..
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak SMKTSS yang telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dan juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina dan Ibnu Amir atas kerjasama yang diberikan.
Diharapkan agar kajian ini dapat meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan seterusnya mampu mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam topik berkenaan.

                                                                                                                  PN. NORZALIATUN RAMLI

No comments:

Post a Comment