Seramai 26 orang pelajar tingkatan 4 telah menyertai program kecemerlangan PISA tingkatan 4 bagi subjek kimia, fizik dan matematik tambahan anjuran PPD selama 2 hari bertempat di Dewan SMK Tun Habab. Bengkel selama 5 jam bagi subjek kimia telah disampaikan oleh En. Yusri B. Mohd. Taib, Guru Cemerlang Kimia dari SMK Taman Kota Jaya. Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dengan teknik menjawab soalan dan memberi bimbingan kepada topik-topik sukar sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan akhir tahun 2012 dan SPM pada tahun hadapan. Selamat maju jaya..
Tuesday, October 2, 2012
PROGRAM KECEMERLANGAN KIMIA PISA 2012

Monday, October 1, 2012
KAJIAN TINDAKAN 2012
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana laporan kajian tindakan saya bertajuk "Meningkatkan Kemahiran Pelajar Tingkatan 5 Ibnu Sina Dalam Menjawab Soalan Beza Keupayaan (V) Antara Dua Logam Kimia Dengan Menggunakan Kaedah 'TRAVoC' telah terpilih untuk dibentangkan ke peringkat daerah Kota Tinggi pada 8 September 2012 bertempat di Dewan SMK Adela. Kajian saya berjaya mendapat tempat johan kategori sekolah menengah dan seterusnya layak untuk dibentangkan di peringkat negeri Johor pada 13 Oktober 2012 ini. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan dapat dibentangkan pula ke peringkat kebangsaan.Insyallah..
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak SMKTSS yang telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dan juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina dan Ibnu Amir atas kerjasama yang diberikan.
Diharapkan agar kajian ini dapat meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan seterusnya mampu mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam topik berkenaan.
PN. NORZALIATUN RAMLI

Saturday, August 4, 2012
Program Anjal Kimia Kali Ke-2 2012
Program Anjal Kimia SPM kali ke-2 ini telah dilaksanakan pada 2 Ogos 2012 (Khamis) jam 7.30-10.10 pagi bertempat di makmal kimia SMKTSS, di bawah bimbingan Pn. Norzaliatun Bt Ramli dan Pn. Rukumani A/P Rasamah @ Rajoo. Seramai 62 orang pelajar terlibat yang terdiri dari pelajar kelas 5IS dan 5IA. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pelbagai soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas dari Modul Kecemerlangan 'Partition 1, 2 & 3'. Semoga dengan adanya program ini dapat membimbing pelajar membuat ulangkaji seterusnya membantu meningkatkan keputusan peperiksaan percubaan SPM tidak lama lagi. Selamat membuat ulangkaji dengan gigih!
Saturday, July 28, 2012
Bengkel Teknik Menjawab Kimia
Pada 9 Julai 2012 hari Isnin, jam 2.30 ptg - 5.00 ptg, Panitia Kimia SMKTSS telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kimia yang bertempat di Makmal Bahasa SMKTSS. Seramai 62 orang pelajar (tingkatan 5 IS dan 5 IA) hadir untuk menyertai program ini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu dan meningkatkan kemahiran dengan teknik menjawab kertas soalan sebenar. Ceramah bengkel ini telah disampaikan oleh En. Mohd. Yusri Bin Taib, merupakan Guru Cemerlang Kimia dari SMK Taman Kota Jaya. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar meningkatkan keputusan peperiksaan Percubaan SPM tidak lama lagi. Selamat maju jaya!
Thursday, July 19, 2012
Welcome to Panitia Kimia SMKTSS blog
Blog ini secara rasminya dibina pada bulan Julai 2012 oleh Panitia Kimia SMKTSS. Diharapkan segala maklumat program terkini dapat dikongsikan bersama pelajar-pelajar dan guru-guru. Para pelajar juga boleh mendapatkan rujukan nota, latih-tubi dan eksperimen pada pautan yang disediakan. Semoga laman ini dapat membantu para pelajar dan guru mendapatkan segala maklumat berkenaan panitia dan membimbing pelajar dalam pelajaran. Selamat Maju Jaya...
Subscribe to:
Posts (Atom)